Sunday, August 29, 2010

Buat permulaan...

Kitab dan bab pada kali ini akan mensoroti sejarah penulis yang terkenal yang menggunakan metode pembahagian tajuk-tajuk kajian kepada tajuk-tajuk yang besar yang ditulis sebagai 'kitab' dan tajuk-tajuk kajian yang kecil iaitu di bawah tajuk-tajuk yang besar yang dipanggil 'bab'.

Sebenarnya ramai penulis yang menggunakan cara ini, namun buat permulaannya kita akan memulakan dengan dua nama yang tidak asing lagi di dalam ilmu kajian Islam iaitu dua orang imam muktabar tertutamanya di dalam bidang al hadith iaitu Imam al Bukhari dan Imam Muslim.

Saturday, August 28, 2010

Ada apa dengan 'kitabdanbab.blogspot' ni?

Bagaikan tajuk filem pula. Tapi inilah salah satu tajuk filem yang disukai oleh penulis. Sekadar rasa peribadi selain filem yang punya lagu 'bila cinta bertasbih?' begitulah agaknya tapi yang pasti watak utama filem itu bernama Abdullah Khairol Azzam. Filem berteraskan medium dan tapisan islami yang amat kurang di Malaysia. Seharusnya pengarah yang pandai memanipulasi senimatigrafi seperti filem 'Cinta' itu menghasilkan drama ataupun filem bercorak seperti ini. Iyelah bukan hanya sekadar menghasilkan filem atau cereka bergambar yang menghasilkan keuntungan semata-mata. hm..cukuplah persoalan pendapat peribadi ini. 

Fokusnya apa yang bakal kita dapati daripada 'kitabdanbab.blogspot' ini? Pertamanya ianya adalah sebuah medium penyampai ilmu semata-mata demi matlamat dan objektif akademi itu sendiri. Segala pendapat ataupun bahan-bahan akademi yang disampaikan tidaklah senget dan mereng mahupun cenderung kepada mana-mana pendapat ataupun objektif jemaah ataupun kumpulan-kumpulan tertentu samada berkaitan politik mahupun tidak. 

Keduanya, segala penulisan yang ada di sini dijamin oleh penulis menggunakan rujukan yang soheh dan terkini dan ditulis oleh orang-orang ataupun individu-individu yang berautoriti dan layak daripada segi lulusan akademi dan kelayakkannya serta pengalamannya. InsyaAllah maklumat penulis-penulis ini akan ditulis dan dicatatkan dihujung catatan setiap bahan ilmiah ini. 

Nama dan tajuk blog ini adalah berdasarkan daripada metode ataupun cara-cara dan kaifiyah yang digunakan oleh para ulama' tersohor di dalam dunia pendidikan Islam itu sendiri yang mana para tok-tok guru ini membahagikan dan men'klafikasi'kan tulisan-tulisan mereka di dalam kitab-kitab mahupun masnaf-masnaf mereka berkenaan sesuatu perkara itu. Sebagai contohnya Kitab itu digunakan untuk tajuk yang besar seperti 'Kitab al Fitan'. Manakala Bab pula digunakan bagi meletakkan tajuk-tajuk kecil dibawah perbincangan tajuk yang besar yang telah diletakkan dengan nama 'kitab' itu tadi. sebagai contoh 'Bab Tidak Akan Terjadinya Kiamat Sebelum..' ini adalah antara nama-nama bab-bab yang terkandung di bawah tajuk 'Kitab al Fitan' itu tadi.














Thursday, August 26, 2010

Salam Perkenalan.

Assalamualaikum...
Ini adalah post yang pertama. Bagaikan sebuah kajian yang lain, kita akan dimulai dengan ucapan Bismillahirrahmanirrahim. Kemudian diikuti dengan ucapan Alhamdulillah hi Rabbil'alamin. Maka begitu jugalah demikian halnya halaman pertama ini akan cuba dipenuhi dengan catatan-catatan ilmu dan pendapat yang hikmah sekadar ingin berkongsi dan menyebarkan ilmu Islam serta memahami apa yang telah ditinggalkan oleh Rasulallah S.A.W kepada kita umat yang sangat dicintainya sehingga ke akhir hayatnya. Apakah 2 peninggalan yang sangat berguna itu ialah (1) Al Quran al Karim dan (2) Sunnahnya.