Tuesday, August 5, 2014

PINDAH

Pernah berpindah? Sepanjang umur aku ini sudah banyak kali aku berpindah. Pindah rumahlah. PIndah rumah saja sudah lebih dari tiga kali. Bermula dari zaman belajar pula pindah sekolah. 3 kali juga. Dari SKPBD ( SK Pt Bakar Darat ) ke SMTP ( SM Tun Perak ) dan akhirnya ke Maahad Muar. Kemudian ke Kelantan pula, Nilam Puri. Duduk selama 2 tahun dan berpindah ke Kuala Lumpur ( KL ). Di Universiti Malaya ( UM ) dari dalam kolej hingga ke luar sana di Pantai Dalam. Duduk menyewa bersama 13 orang mahasiswa yang lain di rumah teres 2 tingkat bersebelahan dengan kawasan kondo Pantai Hillpark. Ada satu warong mamak best kat situ tapi rojak dia taklah se'best' rojak di seksyen 16. 

Kemudian berkahwin dan duduk di Damansara Damai. Memang damai... tapi perlu menharungi traffic jams... Masa itu pandu Kancil 850. Kalau nak jimat minyak jangan hidupkan aircond. Jadi buka tingkap dan bila dah terperangkap di dalam jams tu.. maka bermulalah operasi melalak tanpa orang lain sedari aku ni dah menyanyi sekuat hati.. haha.. 

Tak lama duduk di Damansara Damai, pindah ke Semenyih, bersempadan dengan Broga. Ini jalan lama, kalau nak pergi Seremban tanpa melalui highway lalu sini. Best, jalan redup, sejuk je. Taman Tasik Semenyih tempat yang indah sepatutnya. Ada sebuah tasik kat situ, ada jalan yang kita boleh pandu kereta pusing keliling tasik tu. Tapi sayang tak mendapat sambutan dan tak ramai yang duduk tinggal di situ. Rumah banglow, tapi ramai yang dah tak tinggal lagi di situ. Menetap di Semenyihh tak lama, kadang tinggal kadang tidak. Selalunya dok dengan sebuah keluarga angkat di Selayang, yang lawaknya diorang pun pindah gak daripada rumah yang dah lama diorang dok menetap tu diorang duduk kat taman perumahan belakang stadium Selayang disebabkan masa tu Selangor dok tengah buat ops zero setinggan. Berapa banyak kali pindah da... 

Akhirnya tahun 2008 pindah lagi ke Kluang, Johor disebabkan isteriku mendapat tawaran posting sebagai guru di sini. Sebenarnya diorang dah duduk sini dulu. 6 bulan kemudian barulah aku datang menuntun. Menyewa di sebuah rumah teres 2 tingkat di Taman Kluang Barat dengan harga 280/-. Zaman sekarang ada lagi ke sewa macam ni? Apa yang best kawasan ni adalah ada kolam renang dekat dengan rumah. Tapi pernah pergi sekali je, dan jalan nak ke Batu Pahat tu dekat sangat dah coz dah tak payah nak redah bandar. Taman ni memang di pinggir bandar Kluang. Sebelum masuk bandar Kluang ( kalau dari arah Ayer Hitam ), memang jumpa taman ni dahulu. Jadinya masa tu laju je kalau nak jalan-jalan pi BP dengan pantas terus pergi. Masa tu Kluang apa pun tarak. Bandar cowboy. Sekarang dah macam-macam ada...

Setahun selepas itu berpindah lagi, atas alasan rumah jauh daripada sekolah isteri dan dah tak sanggup nak harungi traffic light yang banyak giller pada waktu pagi dan dah tak sanggup asik kene pandang sinis dengan GPK ( Guru Penolong Kanan ) sekolah isteri pasal datang dah dekat dengan waktu loceng bunyi ataupun dah bunyi. hoho. Berpindah ke Taman Makmur. Rumah teres setingkat. Punyalah kecil rumah ni, sehinggakan nak masak pun dapur dok letak luar rumah. entah bagaimana satu hari tu datang seorang bro ni ntah dari mana kata nak tengok-tengok rumah yang kami dok sewa tu. Pelik, kenapa pula? Rupanya rumah itu sudah dijual tanpa pengetahuan kami. Marah sungguh pada tuan rumah, sehinggakan apek ni minta maaf beria dan bagi duduk lagi beberapa bulan tanpa bayar sewa. 

Pindah lagi, tahun 2012. Macam dalam cerita wayang 2012 tu, tapi ni cerita pindah lagilah. Bila pindah, sewa rumah masa tu dah naik jadi 400. Fuh berbeza sungguh. bayangkan beza dari 280 sehingga 400? Akhirnya duduklah di situ, rumah buka besar sedikit dan panjang sedikit, dapur pun dah masuk dalam rumah. haha, tapi apa yang lawaknya rumah ni bila hujan bilik air yang terletak di bilik utama pun hujan juga. Nasib baik bilik air. Jadi tuan rumahnya buat bodoh jelah. Fikiran aku, lantaklah. Bukan rumah aku, Rumah kau. Ko tak mau baiki nanti yang rosak rumah kau juga. Lagi yang best rumah ni adalah kawasan dan jiran-jiran sekeliling rumah ni. Semuanya baik-baik dan best. Rumah pengasuh anak-anak pun tak jauh, selang 2 buah rumah saja. Surau depan mata. Best. Memang best, yang tak best cuma waktu petang matahari tu macam dok dalam rumah panasnya, pastu panas akan berlanjutan sampai ke malam. Suhu dalam 35,36. pasal apa tau ? Jam dinding rumah ada penyukat suhu. 

Akhirnya akhir tahun 2013 bulan 12. Berpindah untuk ke sekian kalinya. Tapi kali ni rumah sendiri. Harap-harap tak lah berpindah lagi. Amin...

Tapi baru-baru ni pindah tempat kerja... ini pun berpindah gak? jangan fikir yang lain. Fikir positif. amin..

p/s : berapa kali pindah da... ?


Monday, August 4, 2014

menghasilkan sebuah buku...

Semuanya datang daripada sebuah idea. Idea itu boleh kita kategorikan sebagai ilham daripada Allah kepada manusia dalam mereka mengharungi masalah yang melanda diri mereka. Sebab itu ada sesetengah orang mengandaikan ilham ini dalam pelbagai bentuk termasuklah 'instict' ( kata hati ). Kalau kita lihat hasil pemerhatian di fb dan wassap ataupun tweet banyak menyatakan tentang ini. Jadinya untuk mendapat hasil buah fikiran yang elok dan rasional serta bernas haruslah menjaga hubungan dengan Maha Pencipta. 

       Idea kadangkala terhasil daripada pengalaman hidup yang kita telah lalui ataupun sedang lalui saban hari. Oleh sebab itu sebagai manusia kita diajar dengan pelbagai jenis ilmu agar kita senentiasa ada panduan di dalam memikirkan sesuatu keputusan dan sebagainya. Sebagai contoh seorang guru seperti saya diajar agar membuat pemerhatian atas apa yang kita lalui di dalam kelas. Banyak yang bakal kita perolehi jika kita belajar daripada pemerhatian ini. pertamanya adalah penilaian kita yang pertama terhadap apa yang telah kita lakukan di dalam bidang pekerjaan kita. Tidak kisah samada ianya sesuatu yang indah-berjaya ataupun sebaliknya, pasti akan ada pengajaran dan pembelajaran yang bakal kita temui dan kutip buat titipan kita di masa hadapan. 

        Menulis bukannya mudah, harus hati-hati. Perlu kepada perancangan, walaupun tidak teliti tetapi sangat perlu kepada lakaran kasar mengenai apa yang mahu ditulis. 

(bersambung)

Tuesday, May 29, 2012

ADAB MEMBACA AL QURAN

Al Quran adalah kitab suci yang diturunikan oleh Allah s.w.t kepada hambanya yang juga merupakan junjungan besar nabi kita nabi Muhammad s.a.w melalui Jibril pada 17 Ramadhan bersamaan 6 Ogos 610M sebagai panduan hidup umat Islam. 

Sabda Rasulallah s.a.w ; maksudnya :

" Abu Umamah berkata, akumendengar Rasulallah s.a.w bersabda : Bacalah al Quran kerana di hari kiamat nanti ia datang memberi syafaat kepada pembacanya. 
                                               
                                                                                          (riwayat Muslim ) 

ADAB SEBELUM MEMBACA AL QURAN. 

1. Berwudhuk. 
2. Duduk dengan tertib. 
3. Niat mendampingkan diri kepada Allah. 
4. Meletakkan al Quran di tempat bersih dan tinggi. 
5. Mengharapkan pahala dan syafaat. 
6. Menghadap kiblat. 
7. Berpakaian bersih dan menutup aurat. 



ADAB SEMASA MEMBACA AL QURAN. 

1. ISTIA'ZAH - memohon perlindungan daripada gangguan syaitan dengan membaca ta'awuz.

  أعوذبالله من الشيطان الرجيم 

2. Membaca dengan tajwid dan tannum. 
3. Khusyuk. 
4. Mengambil iktibar daripada apa yang dibaca. 
5. Sujud tilawah selepas membaca ayat yang punya tanda tempat sujud.


ADAB SELEPAS MEMBACA AL QURAN. 

1. Menutup al Quran dan berdoa. 
2. Mencium dan Mengucup al Quran. 
3. Membawanya dengan hormat. 
4. Mengambil iktibar daripada apa yang dibaca.  





HIKMAH MENJAGA ADAB 
      
                 Jiwa tenang

          Dikasihi ALLAH SWT
          Mendapat keberkatan hidup
          Memahami dan menjiwai ayat yang dibaca
          Mendapat syafaat al-Quran di akhirat kelak
          Diberi ganjaran pahala



BEBANAN SAAT-SAAT AKHIR INI...

Sungguh..sungguh penat. Jikalaulah boleh berbicara sebentar pastinya akan berbicara tetapi sungguh..sungguh penat semester akhir pada cuti sekolah ini di IPTHO. Kelasnya dari pagi hinggalah ke malam. 4-7 Jun peperiksaan akhir. Selepas itu KISSM pula menjelma. Tunggu selepas itulah kalau mahu rehat pun. Insya Allah pastinya semuanya akan berakhir juga nanti dengan jayanya. amin..oh lupa baby sudah berumur 10 bulan. Balqis sudah pandai membaca Al Quran. al hamdulillah.

Sunday, October 30, 2011

Kahwin Awal di Waktu 'STUDENT'


lanjutan komen... 

Kalau ditanyakan pada 'student' yang tengah mabuk kepayang bercinta pasti nak saja...tetapi mengikut pendapat penulis yang kini sudah lama tidak menulis di dalam blog yang sudah lama tidak diupdate kerana sekarang sibuk mengajar dan belajar di sekolah dan maktab, adalah tidak berapa sesuai. Ini adalah berdasarkan pengalaman penulis sendiri dan juga kebanyakkan rakan-rakan yang kahwin pada masa student. Jika anak penulis sendiri pun hendak pada waktu akan datang, penulis akan membedah-bentangkan kepada mereka semua hal dan cabaran yang bakal dihadapi dan kesusahan hati yang dialami oleh ibu bapa sendiri khasnya 'student' tersebut... 

Amnya begini peraturannya : 
1) TUGAS STUDENT YANG UTAMA ADALAH MENUNTUT ILMU. 
2) cubalah berpuasa bagi membendung nafsu tu, pasal itu yang kita hanya mampu lakukan sebagai 'student'..(yelah duit loan tu untuk belajar bukan kahwin ataupun yang lain...) 
3) jika dah tak boleh juga bawalah berbincang dengan mak bapak...jangan ambil tindakan sendiri sampai kahwin ke sempadan dan sebagainya...KAHWIN PERLU RESTU IBU DAN BAPA..
4)Berkahwin merupakan satu institusi yang penuh dengan perancangan dan rancangan dan plan-plan yang bagus untuk menjayakan objektif perkahwinan - bahgia dunia dan akhirat..kekal jodoh sehingga akhirat...melahirkan zuriat dan keturunan yang baik-baik ( cukup semua nafkah yang patut diperoleh dan kos-kos menjaganya) dan bakal melahirkan ganerasi seterusnya yang menyampaikan pesanan dan sambungan perjuangan kita sebagai umat islam di dunia ini..bukan sesuatu yang mudah dalam mendidik! 
5) cuba mak ayah : 
  • kos kahwin siapa tanggung ? 
  • nanti lepas kahwin adakah kami akan terima wang poket dan alaun bulanan seperti kami sebelum kahwin? 
  • nak kene kerja ke selepas ni? 
  • kalau dapat anak boleh tolong jaga ataupun tambah duit elaun dalam 2-3 ratus hanya untuk budak tu? 
  • RESTU TAK KAMI KAHWIN NI...?
so kalau semua jawapan di atas ok dan dah difikirkan secara semasak2nya dan terlebih masak pun tak mengapa..terserahlah..dan bersedia menerima cabaran perkahwinan..

p/s: penulis sudah berkahwin sejak tahun 2005 hingga kini dan telah dikurniakan 3 orang anak yang comel2..namun dalam menghadapi cabaran penulis suka sangat mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada mak dan abah serta kak ngah yang tak sudah2 menyokong penulis sekeluarga dan tidak lupa juga buat mak (mak mentua) penulis. sesungguhnya kalau boleh elakkan kahwin waktu student..elakkanlah..sabar skit saja lagi bila dah grade..kahwinlah kamu!!