Monday, August 4, 2014

menghasilkan sebuah buku...

Semuanya datang daripada sebuah idea. Idea itu boleh kita kategorikan sebagai ilham daripada Allah kepada manusia dalam mereka mengharungi masalah yang melanda diri mereka. Sebab itu ada sesetengah orang mengandaikan ilham ini dalam pelbagai bentuk termasuklah 'instict' ( kata hati ). Kalau kita lihat hasil pemerhatian di fb dan wassap ataupun tweet banyak menyatakan tentang ini. Jadinya untuk mendapat hasil buah fikiran yang elok dan rasional serta bernas haruslah menjaga hubungan dengan Maha Pencipta. 

       Idea kadangkala terhasil daripada pengalaman hidup yang kita telah lalui ataupun sedang lalui saban hari. Oleh sebab itu sebagai manusia kita diajar dengan pelbagai jenis ilmu agar kita senentiasa ada panduan di dalam memikirkan sesuatu keputusan dan sebagainya. Sebagai contoh seorang guru seperti saya diajar agar membuat pemerhatian atas apa yang kita lalui di dalam kelas. Banyak yang bakal kita perolehi jika kita belajar daripada pemerhatian ini. pertamanya adalah penilaian kita yang pertama terhadap apa yang telah kita lakukan di dalam bidang pekerjaan kita. Tidak kisah samada ianya sesuatu yang indah-berjaya ataupun sebaliknya, pasti akan ada pengajaran dan pembelajaran yang bakal kita temui dan kutip buat titipan kita di masa hadapan. 

        Menulis bukannya mudah, harus hati-hati. Perlu kepada perancangan, walaupun tidak teliti tetapi sangat perlu kepada lakaran kasar mengenai apa yang mahu ditulis. 

(bersambung)

No comments:

Post a Comment